Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
89) TINDAKAN TERHADAP GENESIS ALUMINIUM SDN BHD
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap Genesis Aluminium Sdn Bhd yang telah mengakibatkan pencemaran mangan dan penutupan loji rawatan air Semenyih pada Feb 2015?
Jabatan Alam Sekitar telah mengenakan tindakan penahanan operasi kilang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 pada 1 April hingga 14 April 2015 dan seterusnya lesen operasi kilang telah dibatalkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang pada 14 April
-
Adakah ia berjaya didakwa di mahkamah? Jika ya, apakah hukuman? Jika tidak, kenapa?
Tiada tindakan mahkamah diambil kerana tindakan penahanan operasi dan pengantungan lesen merupakan tindakan penguatkuasaan yang berkesan dan pihak kilang telah mengambil tindakan pembetulan bagi menambahbaik sistem pengolahan efluen untuk mencegah pencemaran memasuki ke dalam