Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

374) TINDAKAN SUSULAN BANJIR AKIBAT SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan PBT dalam memastikan penyelenggaraan parit-parit dilaksanakan secara cekap untuk mengurangkan banjir akibat parit dipenuhi semak-samun seperti di sekitar Tambak Jawa dan Kampung Bukit Hijau di Jeram antara lainnya?

    MPKS
    a)Kawasan Tambak Jawa, Kampung Bukit Hijau di Jeram di luar kawasan penyelenggaraan pihak Majlis.

    JPS

    a)Bagi mengurangkan risiko dan kejadian banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Kuala Selangor sentiasa melaksanakan kerja penyelenggaraan secara berkala. Penyelenggaraan pembersihan saliran dilaksanakan menggunakan jentera minimum sebanyak satu (1) kali setahun manakala pembersihan parit kampung secara tebasan adalah sebanyak tiga (3) kali setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.