Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

107) TINDAKAN SERIUS MENJAGA KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah progres tindakan kerajaan membantu menjaga keselamatan kampung tradisi khususnya di pinggiran bandar?

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap keselamatan penduduk kampung di negeri Selangor. Sehubungan itu, pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan Program Ikatan Desa di Kampung Tradisi dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3,680,000.00. Ikatan Desa merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar di Selangor. Seramai 10 orang ahli akan dilantik di setiap Kampung Tradisi yang akan menjalankan tugas meronda dan memastikan keselamatan

    Di samping itu, penubuhan Ikatan Desa ini akan meningkatkan hubungan kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung sendiri. Namun begitu, adalah menjadi peranan ahli-ahli JKKK sendiri di dalam menjaga keselamatan kampung supaya kehidupan masyarakat kampung diperkukuhkan. Dengan wujudnya Ikatan Desa di peringkat kampung tradisi, keselamatan dan kesejahteraan kampung telah dapat dipertingkatkan.

     

  2. Berapakah anggota keselamatan dari JKKK yang minimum untuk meronda dan mempasti keselamatan kampung?

    Untuk program Ikatan Desa, Kerajaan Negeri mensyaratkan seramai 10 orang ahli bagi setiap kampung dilantik sebagai ahli Ikatan Desa. Jumlah ini dilihat mencukupi untuk meronda dan memastikan keselamatan kampung berdasarkan keluasan dan kapasiti kampung sedia

  3. Adakah kerajaan akan membekal CCTV di kawasan hot spot jenayah/ gejala sosial di kampung?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk memperuntukkan sebarang peruntukan khas bagi pemasangan CCTV di kawasan hot spot jenayah/gejala sosial di kampung. Namun begitu, Kerajaan Negeri lebih menumpukan kepada pemberian peralatan keselamatan seperti walkie talkie, vest keselamatan, lampu baton, first aid kit dan beberapa peralatan lain untuk digunakan semasa sesi

Lampiran

Tiada Lampiran.