Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
174) TINDAKAN PROAKTIF MENCEGAH DAN BERSEDIA HADAPI BANJIR BESAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan komprehensif kerajaan negeri bagi menangani isu kebarangkalian bah besar terutama di kawasan rendah seperti di DUN Selat Klang?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat bah besar terutama di kawasan padat dan rendah adalah melalui langkah-langkah struktur dan bukan struktur. Bagi langkah-langkah struktur adalah seperti pembinaan infrastruktur tebatan banjir iaitu sistem saliran dan kolam-kolam takungan. Selain itu pembinaan ban keliling adalah perlu berserta rumah pam. Pam akan digunakan untuk mengepam air keluar daripada kawasan tersebut.
Manakala langkah bukan struktur adalah untuk mengurangkan kesan banjir dengan menyebarkan amaran awal banjir supaya rakyat yang tinggal di kawasan rendah boleh bersedia dan pengurusan bantuan bencana banjir dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antara sistem amaran awal banjir termasuk infrastruktur rangkaian sistem telemetri hujan dan aras air, siren dan papan amaran banjir serta penyebaran maklumat banjir melalui laman web public infobanjir. Penubuhan Jawatankuasa Taskforce Banjir juga merupakan salah satu tindakan komprehensif Kerajaan Negeri bagi menangani isu kebarangkalian bah besar di seluruh kawasan DUN Selat Klang.
Stesen telemetri turut ditubuhkan bagi memantau paras sungai dan taburan hujan. Sistem telemetri berkeupayaan mengutip dan menerima maklumat data hidrologi secara automatik dan memaparkan dalam laman sesawang http://infobanjir.water.gov.my.
-
Sila senaraikan taskforce yang melibat jabatan dan agensi kerajaan berserta maklumat dan personel yang bertanggungjawab untuk dipamerkan kepada khalayak
Satu taskforce banjir akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri tahun 2015 yang diketuai YB Hj Zaidy bin Abdul Talib, EXCO Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani dan dianggotai pelbagai agensi kerajaan seperti JPS, JKR, JPBD dan lain-lain. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir.
Maklumat Tambahan :
Senarai siren banjir dalam daerah Klang
KOD_STN NAMA_STN DAERAH 1 JALAN KEBUN, JOHAN SETIA KLANG 2 KG. JOHAN SETIA 1 KLANG 3 KG. JOHAN SETIA 2 KLANG 4 TUGU KERIS, SG RASAU KLANG 5 TMN. SENTOSA 1 KLANG 6 TMN. SENTOSA 2 KLANG 7 BANDAR PUTERI KLANG 8 BUKIT RIMAU KLANG 9 BT.4, KG. JAWA, SG KANDIS KLANG 10 TMN. SRI MUDA 1 KLANG 11 TMN. SRI MUDA 2 KLANG 12 TMN. SRI MUDA 3 KLANG 13 PEKAN MERU KLANG 14 JLN. SG. KAPAR BESAR, (JLN. BENTENG) KLANG 15 JLN. JAYA SETIA, BUKIT KAPAR, MERU KLANG 16 BT. 8 ½, KG. BUKIT KAPAR, MERU KLANG