Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
401) TINDAKAN PEMECATAN STAF UNISEL SEJAK JANUARI 2024
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci bilangan staf Unisel yang telah diberhentikan sejak Januari 2024 hingga kini dan sejauhmana mengikut prosedur yang sewajarnya dalam mengambil tindakan sedemikian.
Bilangan staf UNISEL yang telah diberhentikan sejak Januari 2024 sehingga kini adalah seramai empat (4) orang staf. Pemberhentian adalah atas sebab keputusan hukuman tindakan tatatertib yang telah dijalankan berdasarkan Prosedur Kerja Tatatertib Staf (UNISEL-PT03-HR-PS-PK10) dan telah mengikut seperti prosedur arahan kerja atau carta alir yang telah didaftarkan di bawah Prosedur Kerja ISO. Perincian maklumat staf yang diberhentikan adalah seperti di berikut:-
-
Nyatakan bentuk pampasan yang diberikan kepada staf yang terlibat, jika ada, sebagai menjaga kebajikan mereka.
Tiada pampasan diberikan kepada staf yang terlibat. Staf berkaitan tidak layak menerima pampasan kerana mereka ditamatkan disebabkan salahlaku disiplin dan tatatertib dan tiada pemberhentian secara sukarela.