Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
155) TINDAKAN PBT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan luar biasa dan lebih tegas dikuatkuasakan oleh MPKj bagi menyelesaikan kesesakan di laluan Alam Sari ke Jalan Reko, termasuk mengendurkan kemarahan penduduk Kampung Sungai Tangkas?
Pihak MPKj telah melantik pihak Jurukur tanah dan Perunding Awam dan Struktur (C&S) untuk penyediaan rekabentuk dan spesifikasi kerja bagi projek Cadangan Penambahbaikan Jalan Persiaran KWSP Dan Jambatan ESSET, Bangi (Penambahbaikan Bagi Jangka Masa Pendek).
Pihak Jurukur tanah telah pun menyiapkan pelan “survey” dan dikemukakan kepada Perunding C&S bagi penyediaan pelan rekabentuk & spesifikasi projek yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada 22/7/2024 berdasarkan kontrak Perlantikan Perunding. Cadangan penambahbaikan termasuklah mengadakan satu laluan “free flow” (menggunakan struktur jambatan yang sediada) dari arah Alam Sari keluar ke Jalan Reko iaitu di persimpangan berlampu isyarat di Jambatan ESSET tertakluk kepada pelan rekabentuk yang akan disiapkan oleh Perunding C&S.
Perancangan projek tersebut telah dibentangkan pada 29hb. Januari 2024 kepada YB Parlimen Bangi, Wakil YB Parlimen Hulu Langat, Penyelaras DUN Sungai Ramal, Penyelaras DUN Dusun Tua, Ahli Majlis kawasan, Gabungan Persatuan Penduduk Alam Sari, Pemaju Setia Alamsari, pihak UKM, Pegawai MPKj dan Perunding TIA