Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
212) TINDAKAN KEPADA PREMIS-PREMIS HIBURAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada premis-premis hiburan yang tidak berdaftar dan melakukan operasi yang bertentangan dengan nilai sejahtera seperti bebas minuman keras,aktiviti maksiat dan juga tarian bebas moral?
Tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PBT terhadap premis- premis hiburan tidak berdaftar yang menjalankan aktiviti tidak bermoral adalah:-
- menyita barang-barang perniagaan pusat hiburan haram tersebut;
- memohon bantuan TNB & Syabas untuk memotong bekalan air dan elektrik;
- PBT akan merobohkan struktur dalaman pusat hiburan haram tersebut; dan
- Tindakan kompoun ke atas pemilik perniagaan atau pemilik
Selain itu, premis berlesen yang melanggar syarat lesen atau yang didapati menyalah gunakan lesen contohnya Pusat Hiburan atau Pusat Hiburan Keluarga akan dibatalkan dan peralatan perniagaan akan disita serta premis akan ditutup. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengusaha di atas kesalahan berkaitan adalah di bawah:-
- Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953;
Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 Negeri Selangor;
Manakala bagi kegiatan maksiat atau pelacuran, bidang kuasa pihak PDRM dan Jabatan Imigresen adalah lebih luas di mana pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang. Manakala premis pusat kecantikan dan kesihatan yang melanggar syarat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 dan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan.