Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
127) TINDAKAN KEPADA PEMEGANG KONSESI KLANG SENTRAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pemaju pemegang konsesi Klang Sentral yang telah gagal menyiapkan projek mereka dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPK?
Pelan susun atur bagi pembangunan Klang Sentral telah disahkan dan didaftarkan sebagai pelan Majlis Bil. MPK/KU/18/2004 pada 10/3/2004.
Bangunan Terminal Bas Klang Sentral & Bangunan kedai pejabat telah mendapat Sijil Layak Menduduki pada 14/11/2008 (terminal) dan 19/01/2004 (kedai pejabat).
Semakan mendapati kegagalan pemaju lebih kepada kegagalan menyempurnakan infrastruktur iaitu jalan dan perparitan. Pihak Majlis akan memastikan pemaju menaiktaraf dan mematuhi spesifikasi jalan sediada sebagai syarat kelulusan ke atas cadangan projek yang akan datang.