Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

16) TINDAKAN KE ATAS KERJA TANAH TANPA KEBENARAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dari 2020 hingga Jun 2021, berapakah jumlah kerja tanah haram yang berjaya dikesan dan dikompaun?

    Berdasarkan semakan dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, bermula tahun 2020 hingga Jun 2021, jumlah kerja tanah haram yang berjaya dikesan adalah sebanyak 215 kes dan 169 telah dikompaun. Daripada jumlah tersebut 34 kes adalah gagal baikpulih tanah dan tiada kes yang telah didakwa. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT Jumlah kerja tanah haram yang dikesan Jumlah kerja tanah haram yang dikompaun Jumlah yang gagal baikpulih tanah Jumlah yang telah didakwa
    MBSA 1 1 0 0
    MBPJ 2 2 0 0
    MBSJ 15 15 13 0
    MPAJ 5 5 0 0
    MPK 52 23 15 0
    MPS 19 19 0 0
    MPKJ 40 40 0 0
    MPSP 12 12 6 0
    MPKL 33 16 0 0
    MPKS 0 0 0 0
    MDHS 36 36 0 0
    MDSB 0 0 0 0
    JUMLAH 215 169 34 0

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, tindakan bersepadu diambil bersama berbagai agensi untuk kerja tanah tanpa kebenaran. Terdapat 2 situasi kerja tanah tanpa kebenaran iaitu yang tiada kesan kepada kacau ganggu dan yang ada kesan sampingan. Jika terdapat kesan kacau ganggu, kompaun berulang akan di kenakan kepada pemilik atau pemaju. Fail siasatan akan di buka untuk tindakan lanjut sekiranya di dapati tiada tindakan diambil oleh pemaju.

  2. Daripada jumlah itu, berapakah jumlah yang gagal melakukan baikpulih ke atas tanah berkenaan?

    Jawapan Sama seperti di atas (a)

  3. Berapakah jumlah yang telah didakwa di mahkamah kerana gagal melakukan baikpulih tanah?

    Jawapan Sama seperti di atas (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.