Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

246) TINDAKAN JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan bagi membendung berulangnya banjir dipersekitaran Surau al-Tolabiyah, Kampung Sungai Ramal Luar?

    Berdasarkan semakan yang telah dilaksanakan, simpanan jalan dihadapan Surau Al-Tolabiyah, Kampung Sungai Ramal Luar, adalah melebihi 3 meter iaitu diluar bidang kuasa dan had penyelenggaraan Pembangunan Luar Bandar (PLB). Semakan lanjut turut mendapati rezab jalan tersebut adalah dibawah lebuh raya iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Justeru, tindakan proaktif telah diambil dan Pentadbiran ini akan memanjangkan perkara ini kepada LLM untuk semakan dan tindakan lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.