Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

302) TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP PEGAWAI MBPJ

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan susulan MBPJ dan Kerajaan Selangor terhadap pegawai-pegawai Unit Perundangan MBPJ yang disyaki melanggar tatatertib dalam isu kontrak papan tanda iklan yang melibatkan Laguna deBay Sdn. Bhd?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah membawa dan membincangkan perkara ini di dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib seperti berikut:

    • Mesyuarat Lembaga Tatatertib 7 Tahun 2014 bertarikh 8/12/2014.
    • Mesyuarat Lembaga Tatatertib Khas pada 18/12/2014 dan
    • Mesyuarat Lembaga Tatatertib Bil. 8 Tahun

    Mesyuarat Lembaga Tatatertib Bil. 8 Tahun 2014 bertarikh 31/12/2014 telah memutuskan untuk melantik peguam dari Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci terhadap isu tersebut.

  2. Bilakah siasatan dan laporan Lembaga Disiplin MBPJ akan disiapkan?

    Jabatan Perkhidmatan Awam telah bersetuju untuk melantik peguam bagi membantu Majlis meneruskan siasatan berhubung dengan perkara

Lampiran

Tiada Lampiran.