Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

216) TINDAKAN BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di seluruh Kawasan Klang?

    Peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan oleh MTES bagi melaksanakan 9 projek program mengatasi masalah Walaubagaimanapun sebanyak RM1.2 billion diperlukan bagi mengatasi masalah banjir secara keseluruhan melalui Program Kajian Tebatan Banjir Daerah Klang.

  2. Apakah sebab-sebab berlakunya banjir kilat yang terlalu kerap di seluruh kawasan Klang?

    –  Hujan lebat dalam jangka waktu yang

    Pengaruh air pasang surut — kejadian hujan bertembung dengan air laut pasang dimana pintu air tutup sehingga air laut surut semula.

    Keadaan muka bumi kawasan Klang yang landai dan sebahagian berada di bawah paras air laut tinggi.

    Faktor kemanusiaan — sikap orang ramai yang tidak prihatin terhadap kebersihan menyebabkan longkang-longkang tersumbat dengan sampah.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat hari ini untuk mengatasi masalah banjir di Kawasan Klang?

    Kerja-kerja MTES (sebanyak 9 projek) telah mula dijalankan. Dijangka kerja daripada 9 projek ini akan dapat mengurangkan banjir di kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.