Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
376) TIJARI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkumpul daripada TIJARI bagi tempoh 2020-2024.
Jumlah dana awam terkumpul:
-
Berapakah peruntukan telah diberikan kepada Masjid & Surau bagi tahun 2023 & 2024?
Peruntukan telah diberikan kepada Masjid dan Surau bagi tahun 2023 hingga 2024:
-
Berapakah jumlah permohonan telah diterima bagi tahun 2023 dan 2024, berapa permohonan yang telah diluluskan, ditolak dan sebab penolakan?
Bagi tahun 2024, jumlah permohonan sehingga 30 oktober 2024 adalah sebanyak 125 permohonan. Daripada jumlah tersebut, 66 permohonan telah diluluskan manakala baki 59 permohonan lagi adalah tidak diluluskan. Antara sebab penolakan permohonan ialah:
- TIJARI hanya membantu masjid dan surau dalam aktiviti pengimarahan dan sumbangan utiliti sahaja dan tidak dapat mempertimbangkan permohonan yang melibatkan naik taraf atau baikpulih.
- Kedudukan kewangan masjid atau surau yang didapati kukuh ketika permohonan dikemukakan.
- Permohonan yang melebihi tiga kali dalam satu-satu tahun.
- Pihak masjid atau surau turut memohon dan menerima dana daripada agensi yang lain.