Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
306) TIANG TELEKOMUNIKASI TELEKOM MALAYSIA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kapasiti dan bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam memantau aspek keselamatan tiang-tiang telekomunikasi yang didirikan oleh Telekom Malaysia di sepanjang jalan-jalan awam di Selangor?
Semua permohonan permit korekan perlulah melalui pihak KUSEL OSA dan penyelenggaraan struktur dibawah pihak Network Operation Telekom Malaysia (pihak pengusaha).
-
Selain inisiatif mengikat tiang sokongan di sebelah tiang-tiang telekomunikasi yang condong serta berisiko tumbang seperti yang berlaku di sepanjang Jalan Simpang Tiga, Jeram, apakah langkah jangka panjang yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan tiang-tiang ini dapat segera digantikan?
Jika terdapat aduan tiang-tiang yang berbahaya / condong kepada pihak Majlis, pihak MPKS akan memanjangkan aduan-aduan tersebut kepada agensi-agensi pemilik aset yang berkaitan untuk tindakan pembaikan dengan kadar segera.