Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
211) TIADA KERJA DILAKUKAN DI TAPAK KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN, PANDAMARAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jabatan Pengairan Dan Saliran telah melantik kontraktor untuk menaik taraf kunci air 51 di Jalan Papan, Pandamaran mulai 31/10/2013 hingga 3/7/2014 tetapi tiada kerja telah dilakukan atas tapak sehingga kini. Apakah langkah untuk memastikan tiada kelewatan untuk projek tersebut disempurnakan?
Memandangkan peratus kemajuan fizikal ke atas kerja-kerja menaiktaraf Kunci Air 51 di Jalan Papan, Kampung Pandamaran hanya 10% di tapak berbanding 35% di jadual, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengambil tindakan yang selaras dengan peraturan-peraturan kontrak yang mana surat amaran pertama dan kedua telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor bagi mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan di tapak tersebut. Secara umumnya merujuk kepada Syarat-Syarat Kontrak sediada, surat amaran akan dikeluarkan sekiranya kelewatan projek dijangka melebihi -25% berbanding 35% kerja-kerja sepatutnya mengikut jadual.
Namun begitu sekiranya pihak kontraktor masih meneruskan kemungkiran selama 14 hari selepas penerimaan surat amaran tersebut, notis penamatan kontrak akan dikeluarkan yang mana sejajar dengan Syarat-Syarat Kontrak sediada.
Untuk makluman, kerja-kerja menaiktaraf kunci air tersebut turut melibatkan kerjakerja penyelenggaraan dalam skop Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) dan Kejuruteraan Mekanikal (M&E).
Skop kerja-kerja yang terlibat di kawasan tersebut termasuk :
- Menaiktaraf/memasang semula pintu air bersaiz 6’x 6′ bagi menggantikan kunci air sedia ada yang rosak
- Memasang dua buah flap gate bagi menggantikan rubber flex yang rosak 3. Memasang sebuah portbale submersible pump bersaiz 280 l/s dan
- Pemasangan street lighting.
Pemasangan pam sump dan pembinaan tapak platform untuk pam sump tersebut Bagi kerja-kerja penyelenggaraan M&E, lantikan pembekal telah dibuat dan komponen fabrikasi pintu air jenis flap gate sedang dijalankan di kilang pembekal. Tempahan pam juga sudah dilakukan. Komponen tersebut akan dipasang di lokasi struktur sedia ada bagi menggantikan komponen lama yang tidak dapat berfungsi dengan baik.