Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

4) TIADA CUKAI TAKSIRAN BAGI RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana program ini dapat merangsang perkembangan ekonomi Selangor?

    Kerajaan Negeri prihatin dan peduli mengenai kegawatan ekonomi hari ini yang menekan kehidupan seharian peniaga-peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah. Selaras dengan Belanjawan 2016 Negeri Selangor di bawah strategi ketiga: Mempertingkatkan Pembangunan Kualiti dan Inisiatif Peduli, pengecualian ini dapat membantu golongan sasaran dalam menghadapi keadaan ekonomi

  2. Berapakah jumlah kehilangan pendapatan bagi semua PBT seluruh Selangor?

    Jumlah kehilangan pendapatan bagi semua PBT seluruh Negeri Selangor bagi pengecualian rumah pangsa kos rendah adalah seperti Jadual Berikut:

     

     

     

    PBT

     

    Jumlah Pegangan (Unit)

    Jumlah Cukai Taksiran Tahunan

    (RM)

    MBSA 20,459 2,795,918.20
    MBPJ 19,422 2,422,062.38
    MPK 16,275 2,184,274.20
    MPAJ 33,066 6,778,585.00
    MPSJ 30,727 4,843,314.00
    MPS 22,091 3,007,937.90
    MPKJ 37,011 4,254,135.40
    MPSP 2,725 258,478.74

     

    MDKL 1,889 238,152.00
    MDHS 12,767 1,490,016.44
    MDKS 3,216 230,797.80
    MDSB Tiada
    JUMLAH 199,648 28,503,672.06

     

     

    Pelaksanaan pengecualian bayaran lesen peniaga kecil dan cukai taksiran

  3. Bagaimana PBT mahu menampung kehilangan pendapatan ini?

    Pelaksanaan pengecualian bayaran lesen peniaga kecil dan cukai taksiran yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani isu kos sara hidup yang tinggi. Pelaksanaan dasar ini pada tahun 2016 pada asasnya tidak menyebabkan apa-apa kerugian kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebaliknya hanyalah kekurangan hasil yang kecil sahaja. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pihak PBT tersebut dan secara dasarnya bersetuju melaksanakan pembiayaan secara offset iaitu pembayaran semula kos pelaksanaan projek-projek yang dibenarkan di bawah skop Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) yang telah dirancang di bawah Bajet PBT Tahun 2016. Salah satu contoh program yang akan menggunapakai kaedah pembiayaan secara offset ini adalah pelaksanaan turapan semula jalan di kawasan Rumah Kos Rendah (RKR) yang didapati berstatus kritikal. Inisiatif pembiayaan secara offset ini dibuat supaya peruntukan kewangan yang dikembalikan kepada PBT tersebut dapat dimanfaatkan untuk program-program yang memberi faedah dan kebaikan kepada rakyat selari dengan peranan yang harus dimainkan oleh PBT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.