Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
265) THE TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persiapan awal yang akan/ telah dimabil oleh kerajaan negeri untuk menghadapi perlaksanaan TPPA kelak?
a b) dan c)
Kerajaan Negeri kekal berpendirian bahawa pelaksanaan Perjanjian TPPA perlu diteliti semula dan tidak wajar dilaksanakan di dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Kebimbangan Kerajaan Negeri adalah berasas bagi membolehkan kualiti dan kepentingan rakyat terpelihara. Keterujaan Kerajaan Persekutuan untuk menyertai perjanjian ini didorong untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi tanpa mengambilkira bebanan dan kesengsaraan yang akan dipikul rakyat sekiranya perjanjian ini dimaterai.
Kerajaan Persekutuan turut gagal untuk mengadakan rundingan bersama Kerajaan Negeri dan semua Ahli Parlimen bagi memberi pencerahan, kesan positif dan negatif, aspek perundangan serta tindakan yang perlu dilaksanakan negeri-negeri sekiranya perjanjian ini dimaterai.
Sebagai penyumbang hampir satu perempat daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, Selangor akan turut menerima kesan secara tidak langsung daripada pelaksanaan perjanjian TPPA ini. Dua (2) sektor utama di Negeri Selangor akan menerima impak yang besar iaitu sektor perkhidmatan dan pembuatan melalui perkara-perkara berikut :
- Persaingan tenaga kerja profesional dengan tenaga profesional dari luar negara;
- Persaingan industri tempatan dengan produk luar adalah sangat tinggi. Usahawan produk tempatan perlu lebih kompetetif dalam pengeluaran produk dan pemasaran produk tempatan ke luar negara bagi
menggalakkan aktiviti eksport. Sekiranya ini tidak berlaku, industri produk tempatan akan hilang kerana lambakan produk luar negara; dan
- Pembangunan usahawan kecil mungkin akan terganggu dengan wujudnya persaingan daripada syarikat luar. Keadaan ini sebenarnya memusnahkan kekuatan ekonomi masyarakat di Negara ini serta meningkatkan dominasi dan kebergantungan kepada pelabur
Namun, Kerajaan Negeri menyedari bahawa impak perjanjian ini terhadap kos sara hidup rakyat adalah tinggi. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus memelihara hak dan kepentingan rakyat dengan merangka langkah-langkah seperti berikut :
Melaksanakan inisiatif melalui pelbagai program bantuan perniagaan bagi membantu usahawan baru dan melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi supaya mampu terus bersaing di pasaran yang kompetetif;
Meningkatkan dan mempersiapkan keupayaan rakyat Selangor kepada pekerja berkemahiran tinggi (skilled worker) melalui Pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET);
Meningkatkan Sumbangan Bantuan Pendidikan dalam usaha Kerajaan untuk membina modal insan berkualiti dan mewujudkan talent pool di Selangor;
Meningkatkan Keupayaan Rakyat Luar Bandar Melalui Program Pembangunan Keusahawanan; dan
Memperkasa sektor pertanian bagi meningkatkan jaminan pengeluaran bekalan makanan di negeri
-
Apakah kesan kepada ekonomi negeri setalah TPPA dilaksanakan?
-
Adakah kerajaan negeri turut terlibat dalam perbincangan bersama kerajaan pusat sebelum TPPA mula dilaksanakan?