Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

98) TERNAKAN KERANG DAN KUPANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hasil pendapatan pengeluaran Kerang dan Kupang di Negeri Selangor dalam Tahun 2010 ?

    Projek Kebun Kerang Negeri Selangor yang telah dijalankan di Perairan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang telah meningkatkan pengeluaran hasil kerang Negeri  Selangor sebanyak hampir 78 % pada tahun 2010 berbanding  sebelum  ianya diwujudkan iaitu hanya 9,300 Tan Metrik pada tahun 2005. Pengeluaran hasil kerang  yang telah dicatatkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 41,410.06 Tan Metrik dengan nilai RM 41,824,160.60.

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan lagi hasil Kerang dan Kupang khususnya di Perairan Pantai Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ?

    1. Salah satu langkah yang diambil untuk meningkatkan hasil Kerang adalah dengan melakukan pengukuran semula keseluruhan lot-lot ternakan sedia ada disebabkan beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah kerana berlakunya perubahan kedalaman dasar lot ternakan yang memberi kesan secara langsung kepada  pengeluaran hasil. Perubahan kedalaman yang disebabkan oleh peningkatan paras air laut akibat pencairan kawasan antartik ini menyebabkan benih kerang yang ditabur tidak terdedah langsung kepada udara dan seterusnya menyebabkan  banyak  berlaku kematian benih. Selain itu, dengan pengukuran semula ini dijangka  dapat  mengenal pasti kawasan-kawasan yang lebih sesuai untuk ternakan serta dapat membuka lot-lot baru di kawasan yang masih belum dilotkan dan secara tidak langsung  dapat meramaikan lagi penyertaan nelayan dalam ternakan

      Satu lagi langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan pengutipan benih kerang semula jadi untuk jualan selagi lot-lot ternakan sedia ada belum penuh ditabur dengan benih-benih kerang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah memberi pengecualian bayaran TOL bagi tapak-tapak lot kebun kerang ini dan ianya dapat mengurangkan bebanan kos yang terpaksa ditanggung oleh penternak.

  3. Apakah bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk membantu nelayan-nelayan kecil tersebut supaya dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka ?

    1. Kerajaan Negeri Selangor telah bercadang untuk membuka kawasan-kawasan kutipan kerang dewasa semulajadi di Perairan Negeri Selangor bagi tujuan  kutipan  oleh nelayan. Pembukaan kawasan kutipan ini dapat  meningkatkan  hasil  pendapatan nelayan selain daripada tangkapan

    Maklumat Tambahan Soalan a):

    1. Pengeluaran Kebun Kerang Negeri Selangor mengikut daerah:

     

    Daerah Pengeluaran (Tan Metrik) Nilai (RM)
    Sabak Bernam 19,315.84 RM19,508,998.40
    Kuala Selangor 21,345.00 RM21,558,450.00
    Klang 749.22 RM 756,712.20
    JUMLAH 41,410.06 RM 41,824,160.60

     

    Maklumat Tambahan Soalan b):

    1. Jumlah Lot Ternakan Kerang yang diwujudkan = 200 Lot

     

    1. Bilangan Lot yang beroperasi= 114 Lot

     

    • Jumlah peserta/penternak kerang mengikut daerah:

     

    Daerah Bil. peserta/penternak kerang
    Sabak Bernam 214
    Kuala Selangor 375
    Klang 78

     

    1. Kadar bayaran TOL bagi 1 hektar lot ternakan kerang          = 00 Keluasan bagi 1 lot ternakan kerang                         = 50 hektar

    Jumlah bayaran bagi 1 lot ternakan kerang               = RM10,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.