Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
207) TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Peruntukan Kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Tahun 2011 jika ada untuk membantu petani-petani di luar bandar dalam penternakan ikan Air Tawar ?
- Peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi Tahun 2011 adalah dalam bentuk input pengeluaran ternakan serta khidmat nasihat
-
Apakah jenis penternakan Ikan Air Tawar yang dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada dan jumlah bilangan Pengusaha yang terlibat mengikut Daerah di Negeri Selangor ?
- Bagi tahun 2011, bantuan yang diberikan adalah berupa benih-benih ikan air tawar seperti Keli dan Tilapia serta makanan ternakan kepada Selain itu, pada tahun ini juga Kerajaan Negeri Selangor akan menjalankan program pembangunan spesies ternakan baru iaitu Tilapia Giff dan Tengas. Peserta-peserta yang akan terlibat dan dibantu masih sedang dikenal pasti.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu untuk memasarkan pengeluaran ikan air tawar petani yang terlibat dalam usaha untuk menambahkan lagi pendapatan mereka?
- Di peringkat Jabatan Perikanan hanya boleh membuat urusan ‘match-making’ antara pengeluar dan