Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

97) TERMINAL BAS MPKL DI BANTING

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan projek yang dicadangkan di Jalan Sentosa, Pekan Banting pada masa sekarang memandangkan MPKL masih belum mempunyai sebuah terminal bas yang boleh berfungsi untuk mempertingkatkan kadar kegunaan perkhidmatan awam di Kuala Langat?

    Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengeluarkan tender bagi merekabentuk, membina, menyiapkan dan mengujilari serta mentauliah bagi terminal pengangkutan awam Banting di Jalan Sentosa, Kuala Langat (bersebelahan Pasar Awam Banting) dengan keluasan tapak 2.018 ekar dan keluasan binaan 1,155 meter persegi. Tender dibuka pada 19 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 30 November 2022. Jangka masa siap projek adalah dalam tempoh 24 bulan.

    Terminal bas ini akan :

    1. Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam
    2. Memusatkan keseluruhan pengangkutan awam di dalam Daerah Kuala Langat/terminal bersepadu
    3. Penyediaan sebuah terminal yang lebih komprehensif dan teratur
    4. Menempatkan perhentian teksi, bas ekspress, bas transit dan bas feeder.

Lampiran

Tiada Lampiran.