Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
114) TERMINAL BAS JALAN OTHMAN PETALING JAYA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang dikenalpasti sebagai pemilik sebenar operasi Terminal Bas Jalan Othman di Seksyen 3 Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan pemilik Terminal Bas Jalan Othman Seksyen 3 Petaling Jaya. Bangunan hab bas ini telah siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018 dan berkeluasan 2,300 m2 (meter persegi).
-
Berapakah jumlah pengendali pengangkutan awam yang masih menggunakannya
Rapid Bus dan PJ City Bus adalah merupakan dua pengendali pengangkutan awam yang beroperasi di sana.
-
Adakah sebarang perancangan atau usaha bagi mempelbagaikan fungsinya samada operasi atau aktiviti di lokasi tersebut
Pada ketika ini Terminal Bas Jalan Othman berperanan sebagai hab pengangkutan bagi perkhidmatan bas perantara (feeder bas) di Petaling Jaya dan menjadi pusat transit ke kawasan sekitar. Selain daripada menjadi hab pengangkutan bas, Terminal Bas ini juga dilengkapi dengan 18 unit gerai yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai jahitan, kedai gunting rambut dan lain-lain. Pada ketika ini pihak Majlis sedang membantu peniaga-peniaga ini untuk memulakan semula perniagaan setelah terjejas akibat pandemik Covid-19.