Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

34) TERMINAL BAS DAN TEKSI PELABUHAN KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Amnya di Pelabuhan Klang terdapat sebuah terminal bas dan teksi bagi kegunaan masyarakat setempat dan pelancong asing tetapi fasiliti tidak dapat digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi menghidupkan semula kawasan tersebut?

    Pihak Majlis telah pun menyediakan Rancangan Tempatan Khas Pelabuhan Klang yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan aktiviti dan memandu Majlis di dalam pembangunan terancang yang berdaya maju bagi Bandar Pelabuhan Klang meliputi kawasan Terminal Bas ini. Pembangunan-pembangunan lain yang diluluskan kelak dijangka menjadi nilai tambah terhadap keperluan hub pengangkutan di kawasan Pelabuhan Klang / kawasan sebelah selatan selaras dengan medium pengangkutan lain seperti kereta api/ komuter dan feri yang juga berada di kawasan ini.

    Selain daripada itu, pihak Majlis juga sedang mengambil tindakan penambahbaikan dan menaik taraf ke atas bangunan terminal selain usaha untuk melaksanakan projek penswastaan / pajakan dengan mana-mana pihak swasta.

  2. Adakah Kerajaan Negeri turut membantu dalam memajukan stesen bas di Pelabuhan Klang dan kawasan sekitarnya?

    Pihak Kerajaan Negeri turut serta di dalam pembangunan mana-mana kawasan di dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan  melalui program-program Kerajaan Negeri secara langsung dan tidak langsung  seperti Program Galakan Pelaburan, Pemutihan Kilang-kilang dan lain-lain yang kesannya meningkatkan pelaburan dan keperluan pengangkutan awam secara langsung.

  3. Nyatakan perancangan yang telah atau akan dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktarafkan kawasan tersebut?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.