Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
112) TERIMAAN DARI PERSEKUTUAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan kewangan kepada negeri-negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Berapakah jumlah peruntukan dan jenisnya yang diterima oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga 2010?
- Negeri Selangor menerima 7 jenis Pemberian daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun. Perincian terimaan Pemberian tersebut adalah seperti berikut:-
Bil Jenis Pemberian Tahun Catatan 2008 2009 2010 i. Geran Jalanraya berdasarkan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia
(MARRIS)
RM300,966,292.00 RM315,627,131.00 RM263,023,250.00 Terimaan sehingga 22 Oktober 2010.
ii. Pemberian Berdasarkan
Tahap Ekonomi,
Infrastruktur dan
Kesejahteraan Hidup
(Tahap)
RM15,959,000.00 RM15,959,000.00 RM0.00 Pemberian belum disalurkan kepada Negeri Selangor. iii. Pemberian 10% bagi Projek Kerajaan Persekutuan yang
Dijalankan oleh Kerajaan
Negeri
RM15,487,433.00
RM8,922,130.00
RM20,520,704.00
iv. Pemberian Bagi
Perbelanjaan Mengurus
(50%) Bagi Jabatan-
Jabatan Di Bawah Senarai
Bersama
RM32,741,010.00 RM31,922,130.00 RM32,414,874.00 v. Pemberian Bilangan
Penduduk
(“Capitation Grant”)
RM70,162,066.00 RM72,762,148.00 RM75,466,234.00 vi Pemberian Pertambahan
Hasil
RM34,047,363.00
RM27,156.465.00
RM0.00
Tiada terimaan bagi tahun ini kerana hasil Kerajaan Persekutuan telah merosot sebanyak RM1.15 bilion pada tahun 2009 iaitu RM159.79 bilion berbanding terimaan hasil tahun 2008 sebanyak RM159.79 bilion.
vii. Pemberian Khas Negeri
Selangor
(Pemberian Pampasan
Kuala Lumpur Dan
Putrajaya)
RM25,805,640.00 RM25,805,640.00 RM25,805,638.00 -
Berapa peratuskah jumlah yang diterima berbanding dengan keseluruhan pendapatan negeri?
Jumlah Terimaan Pemberian Persekutuan pada tahun 2008 dan 2009 berbandingdengan hasil keseluruhan pendapatan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
TAHUN TERIMAAN PEMBERIAN PERSEKUTUAN HASIL KERAJAAN NEGERI PERATUS 2008 RM495,468,804.00 RM1,341,868,068.79 36.92% 2009 RM498,154,642.00 RM1,505,983,932.57 30.08%