Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
212) TERDAPAT PROGRAM-PROGRAM KARNIVAL DIANJURKAN OLEH STANDCO LUAR BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan program-program karnival yang telah dijalankan.
Senarai program-program karnival yang telah dianjurkan oleh STANDCO Pembangunan Desa dan Kg. Tradisi iaitu Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang diadakan sepanjang tahun 2015 di seluruh daerah di Negeri
Antara empat (4) buah daerah yang telah terlibat adalah seperti berikut:
DAERAH MASJID & KG. TARIKH Sabak Bernam Masjid Ma’muniah, Simpang 5 20-21 Mac 2015 Kuala Selangor Masjid Jame’ At Tuqa, Tg. Karang 27-28 Mac 2015 Klang Masjid Nurul Amin, Kg. Delek 24-25 April 2015 Kuala Langat Masjid Jamiul Ehsani, Kg. Sijangkang 22-23 Mei 2015 Manakala baki lima (5) buah daerah lagi akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dirancang seperti berikut:
DAERAH TARIKH Petaling 18 – 19 September 2015 Sepang 02 – 03 Oktober 2015 Gombak 23 – 24 Oktober 2015 Hulu Langat 13 – 14 November 2015 Hulu Selangor 04 – 05 Disember 2015 -
Senaraikan kos untuk menganjurkan karnival-karnival tersebut.
Kos untuk menganjurkan Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) bagi satu
- daerah adalah seperti berikut:
BIL. JABATAN / BAHAGIAN / AGENSI JUMLAH (RM) 1. UPEN (Sektoral) Standco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
38,804.00
2. JAIS Standco Hal Ehwal Agama Islam
3,000.00 3. PADAT Standco Adat Melayu dan Warisan
9,000.00 4. Lembaga Zakat Selangor 5,700.00 5. JKKK 2,000.00 6. JAIS Bahagian Dakwah & UUKD
6,200.00 7. Jabatan Mufti Selangor 300.00 8. Masjid 7,300.00 9. PKM 2,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM74,304.00 -
Apakah kesan ekonomi berhubung penganjuran karnival tersebut.
Semasa penganjuran Karnival Kampungku Kesayanganku (3K), penduduk kampung telah diberi peluang untuk menjalankan perniagaan masing-masing. Karnival ini juga telah dijadikan medium untuk peniaga kampung memperkenalkan produk-produk yang mereka miliki kepada orang ramai yang antaranya terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan yang datang ke karnival tersebut. Pengenalan ini seterusnya akan membantu peniaga kampung untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada masyarakat dari