Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

97) TERDAPAT BANYAK PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ PERSENDIRIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kualiti sekolah-sekolah tahfiz ini ?

    Langkah kerajaan untuk mengawal kualiti sekolah-sekolah tahfiz:

     

    • Sekolah-sekolah tahfiz perlu mendaftar dengan kerajaan dan menggunakan kurikulum yang dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS),
    • Kualiti sekolah tahfiz ini di bawah pemerhatian dan pengawasan Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Tahfiz Negeri Selangor,
    • Melaksanakan pemantauan    berterusan    dari    aspek    pengurusan kurikulum, kewangan dan hal ehwal murid,
    • Sekolah tahfiz juga perlu berdaftar dengan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) bagi tujuan penyelarasan
  2. Adakah jawatankuasa khas untuk mengaudit perjalanan sekolah-sekolah tahfiz ini ?

    Pada masa ini Sektor Pengurusan Naziran Bahagian Pendidikan Islam melaksanakan pemantauan pengurusan, kewangan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti Hal Ehwal Murid di sekolah-sekolah tahfiz di negeri Selangor.

     

    –        Sekolah tahfiz ini juga perlu menghantar penyata bulanan, laporan kewangan dan lain-lain maklumat ke Jabatan dari masa ke semasa.

  3. Bagaimana pula kelulusan lesen bangunan yang digunakan untuk bangunan tahfiz ?

    Lesen bangunan yang digunakan untuk bangunan tahfiz dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan mendapat pengesahan Jabatan Bomba serta Pejabat Kesihatan

Lampiran

Tiada Lampiran.