Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

43) TERDAPAT BANYAK ANJING LIAR BERKELIARAN DI KAWASAN PERBANDARAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kes penyakit anjing gila di Negeri Selangor ?

    Sehingga kini, tiada sebarang kes penyakit anjing gila atau rabies telah dilaporkan. Negeri Selangor masih kekal bebas daripada wabak

  2. Apakah usaha Kerajaan untuk mengawal anjing liar ini ?

    Kerajaan Negeri melalui PBT, menjalankan aktiviti kawalan anjing liar dengan beberapa kaedah seperti berikut:

     

    • Melakukan tangkapan dan pelupusan anjing liar dengan menggunakan kaedah tangkapan efektif dan melantik syarikat pelupusan

     

    • Menjalankan program kembiri bagi mengawal populasi anjing

     

    • Mengadakan kempen untuk melesenkan
  3. Berapa banyak anjing liar yang telah ditangkap oleh PBT. Senaraikan mengikut PBT ?

    Statistik Jumlah Tangkapan Anjing Liar Januari Hingga September 2015 adalah seperti berikut:

     

    BIL PBT JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT JUMLAH
    1 MBSA 75 90 72 59 93 90 66 74 87 706
    2 MBPJ 75 65 116 115 87 80 30 113 50 731
    3 MPK 648 613 531 808 623 669 754 504 737 5887
    4 MPAJ 65 106 128 129 70 154 115 75 87 929
    5 MPSJ 75 69 71 97 69 179 103 132 182 977
    6 MPS 167 156 173 221 203 153 198 101 170 1542
    7 MPKJ 227 122 173 211 235 248 208 261 267 1952
    8 MPSP 60 44 55 104 91 60 20 29 108 571
    9 MDKL 2 3 9 89 153 77 126 16 1 476
    10 MDHS 99 75 116 106 160 98 73 107 95 929
    11 MDKS 20 19 32 37 8 6 5 3 129 259
    12 MDSB 5 4 200 3 3 2 217
    JUMLAH 1518 1366 1676 1979 1795 1816 1698 1415 1913 15176

     

Lampiran

Tiada Lampiran.