Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

189) TERDAPAT BANGUNAN RUMAH YANG BARU SIAP DIBINA MENGALAMI KEROSAKAN SEPERTI RETAK, BOCOR, TANAH MENDAK DAN SEBAGAINYA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawasi kualiti rumah yang dibina oleh Pemaju?

    Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap kualiti pembinaan rumah yang dibangunkan khususnya oleh pemaju supaya ianya berkualiti dan mutu pembinaan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan sebagaimana syarat yang ditetapkan pada peringkat kelulusan sebelum diserahkan kepada pembeli. Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawasi kualiti rumah yang dibina oleh pemaju khususnya bagi Rumah Selangorku adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kualiti Selangor (KUASEL). Matlamat penubuhan KUASEL adalah bertetapan dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. dan bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

     

    Sasaran yang telah ditetapkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk membina sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku sehingga 2018, penubuhan Jawatankuasa KUASEL adalah penting untuk bertindak sebagai pasukan khas bagi memastikan kualiti unit dibina dalam skim Rumah Selangorku menepati piawaian dan spesifikasi ditetapkan dalam langkah proaktif Kerajaan Selangor

    Objektif utama penubuhan jawatankuasa KUASEL dan ianya adalah seperti berikut:-

    • Memantau segala kerja-kerja pembinaan serta kualiti binaan unit rumah Skim Rumah Selangorku dari semasa ke
    • Memeriksa spesifikasi dan piawaian pembinaan unit rumah Skim Rumah Selangorku mengikut spesikikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
    • Memastikan keadaan unit Rumah Selangorku siap pada masa yang ditetapkan dan berada dalam keadaan terbaik dan selesa
    • Menerima dan menilai aduan daripada pembeli berkenaan dengan kualiti Rumah Selangorku
  2. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap pemaju perumahan yang gagal menyiapkan rumah dengan sempurna?

    Kerajaan Negeri sebagai salah satu agensi induk terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang meluluskan projek pembinaan rumah dijalankan berhak untuk mengambil tindakan kepada pemaju perumahan yang gagal dalam menyiapkan rumah dengan sempurna. Antara tindakan yang telah diambil kepada pemaju-pemaju ini adalah seperti:

    • Memanggil pemaju hadir memberi penjelasan mengenai isu / permasalahan sebenar yang
    • Meminta pemaju memaklumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi permasalahan
    • Mengemukakan aduan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk diambil tindakan jika di dapati telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
    • Pihak Berkuasa Negeri termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa memantau dan memastikan agar semua syarat-syarat kelulusan pembinaan dipatuhi oleh pemaju perumahan.
    • Menyenarai hitam pemaju perumahan daripada menjalankan projek pembangunan di Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.