Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
98) TERBITAN PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan terbitan pelancongan yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2012 dan 2013 dan perbelanjaannya
Terbitan pelancongan yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2012
adalah seperti berikut:
Bil
Terbitan Pelancongan
Perbelanjaan
Penerangan
1
Peta Pelancongan
RM 44,000.00
· Peta pelancongan ini diterbitkan sebanyak 10,000 unit di dalam Bahasa Inggeris
· Peta Pelancongan memaparkan destinasi pelancongan yang menarik di sembilan daerah Negeri Selangor.
· Peta Pelancongan ini diterbitkan dalam bentuk visual bergambar yang lebih menarik iaitu bentuk ‘Fun Map’.
2
Selangor Breakaway
RM234,805.00
· Buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada pembaca mengenali destinasi-destinasi pelancongan di Negeri Selangor.
· Buku panduan ini telah disusun mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor di dalam Bahasa Inggeris.
· Maklumat yang terdapat di dalam
Bil
Terbitan Pelancongan
Perbelanjaan
Penerangan
buku ini adalah seperti berikut; 1. Destinasi Pelancongan
2. Nombor telefon
3. Website
4. Koordinat
3
Penerbitan Iklan di majalah dan surat khabar
RM489,000
Iklan yang diterbitkan adalah seperti berikut; 1. Majalah Gaya Travel (Bahasa Melayu)
2. Majalah Air Asia 3 Sixty (Bahasa Inggeris)
3. Vision KL (Bahasa Inggeris)
4. Vision KL (Bahasa Arab)
5. Vision KL (Bahasa Mandarin)
6. Travelmate (Bahasa Mandarin)
7. Travelutin (Bahasa Mandarin)
8. Majalah ASWAQ (Bahasa Arab)
9. Majalah Santai (Bahasa Melayu)
10. Majalah MYC (Bahasa Inggeris)
11. Selangor Times (Bahasa Inggeris)
Terbitan pelancongan yang dihasilkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2013
adalah seperti berikut:
Bil
Terbitan Pelancongan
Perbelanjaan
Penerangan
1
Penerbitan Iklan di majalah dan surat khabar
RM485,743
· Iklan yang diterbitkan adalah seperti berikut; 1. Majalah Air Asia 3 Sixty (Bahasa Inggeris)
2. Vision KL (Bahasa
Inggeris) 3. Vision KL (Bahasa Arab)
4. Vision KL (Bahasa Mandarin)
5. Travelmate (Bahasa Mandarin)
6. Travelution (Bahasa Inggeris)
7. Majalah ASWAQ (Bahasa Arab)
8. Majalah Santai (Bahasa Melayu)
9. Majalah MYC (Bahasa Inggeris)
10. Majalah Today’s Choice (Bahasa Inggeris)
11. Selangor Times (Bahasa Inggeris)
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menghasilkan risalah pelancongan yang berasingan untuk setiap daerah dalam pelbagai bahasa.
Kerajaan Negeri tidak berhasrat menghasilkan risalah pelancongan yang berasingan untuk setiap daerah dalam pelbagai bahasa. Mulai tahun 2012, risalah pelancongan daerah yang diterbitkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak lagi diterbitkan dan digantikan dengan penerbitan Buku Selangor
Buku Selangor Breakaway diterbitkan sebagai panduan kepada pelancong domestik dan luar negara mengenali produk-produk pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor. Buku ini telah disusun mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor. Semua maklumat produk-produk pelancongan yang dimasukkan di dalam buku ini adalah di atas cadangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Buku ini diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris.
Pada masa yang sama, peta pelancongan diterbitkan untuk memberi maklumat pelancongan di dalam bentuk peta pelancongan yang merangkumi produk- produk pelancongan di seluruh Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun dengan inisiatif dari Pihak Berkuasa Tempatan, PBT kini telah mencetak dan menyediakan pelbagai bahan promosi untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di daerah mereka.
Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mempunyai bahan promosi adalah seperti berikut:
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
- Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
- Majlis Perbandaran Kajang (MPK)
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Majlis Perbandaran Klang (MPK)