Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
118) TENDER TERBUKA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan proses-proses jawatankuasa atau jabatan Kerajaan Negeri (termasuk PBT) yang sudah mengamalkan sistem tender terbuka dan berikan butir-butir.
Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa semua perolehan serta projek-projek bagi
Jabatan-jabatan Kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan secara
sebutharga atau tender mengikut peraturan dan arahan yang terkandung di dalam
Arahan Perbendaharaan (AP).
Perolehan yang melebihi RM200,000.00 adalah secara tender. Perlaksanaan sistem ini
berjalan dengan baik. -
Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam pemilihan kontraktor sistem tender terbuka in
Selaras dengan mematuhi peraturan kewangan mengikut AP, di peringkat Negeri,
terdapat 2 jawatankuasa pemilihan tender iaitu;
i) Lembaga Perolehan Negeri
Ahli-ahli :-
1. YB. Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengerusi)
2. YB. Pegawai Kewangan Negeri (Ahli)
3. Pengarah JKR/ wakilnya (Ahli)
4. Pengarah JPS/ wakilnya (Ahli)
5. Pegawai yang dilantik oleh (Urusetia)
YB. Setiausaha Kerajaan Negeri
ii) Jawatankuasa Perolehan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang
mempunyai kuasa bagi projek-projek PBT sehingga nilai RM5 juta
sahaja.
Ahli-ahli :-
1. Datuk Bandar/ Yang Dipertua Majlis (Pengerusi)
2. Timbalan Datuk Bandar/ Timbalan (Ahli)
Yang Dipertua Majlis
3. Setiausaha (bagi Majlis Daerah) (Ahli)
4. Pengarah Kewangan/ Penasihat (Ahli)
Undang-undang
5. Pegawai yang dilantik oleh Datuk (Urusetia)
Bandar/Yang Dipertua Majlis