Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

206) TENDER PROJEK YANG DIKELUARKAN OLEH MPKJ

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebagai sebuah majlis perbandaran, MPKj banyak mengeluarkan tender bagi projek-projek yang diluluskan. Sejauh manakah telusnya pengurusan tender dijalankan?

    Mana-mana peruntukan Majlis akan dibentangkan dalam mesyuarat yang keseluruhannya dalah Ahli Majlis.

  2. Adakah ahli majlis MPKj 'semasa' mendapat tender dijalankan?

    Mana-mana peruntukan Majlis akan dibentangkan dalam mesyuarat yang keseluruhannya adalah Ahli Majlis.

  3. Apakah kriteria kontraktor yang dipilih?

    Pemilihan kontraktor adalah secara :

    i) Bagi projek yang bernilaiRM 20,000.00 ke bawah :-
    Kerja undi/giliran
    Kerja terus sekiranya ada (Kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera/serta-merta)

    ii) Bagi projek yang bernilai RM20,000.00- RM 200,000.00 :-
    Sebut harga terbuka/terhad (Lampiran Q)
    Tender terbuka

    iii) Bagi projek yang bernilai RM 200,000.00 ke atas :-
    Rundingan terus bagi kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera/serta-merta (perlu ada kelulusan Pegawai Kewangan Negeri)
    Tender terbuka

Lampiran

Tiada Lampiran.