Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
149) TENAGA KERJA ASING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?
- Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi membendung masalah kebanjiran pekerja asing di negeri Selangor. Jabatan Imigresen Negeri Selangor telah mengambil langkah pencegahan dengan membekukan pengambilan pekerja asing Bangladesh berkuatkuasa 12 November 2009. Selain itu, terdapat beberapa operasi pengawalan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Imigresen di negeri Selangor seperti berikut:
Jumlah Operasi Penguatkuasaan Kegiatan Pendatang Asing Tahun 2009
BIL JENIS OPERASI JUMLAH OPERASI 1. MAHIR 29 2. SELERA 138 3. JAJA 23 4. PINTU 207 5. SAPU 78 6. SAYANG 21 7. DANDAN 21 8. BELANJA 30 9. MINYAK 8 10. AJAR 1 11. SERKAP 4 12. KUTIP 77 13. BERSAMA 65 14. TEGAS 290 15. LAIN-LAIN 6 JUMLAH BESAR 998 Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor
-
Adakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor perkhidmatan?
- Kerajaan Negeri Selangor memandang serius mengenai masalah kebanjiran pekerja asing. Isu ini telah diteliti dan langkah-langkah yang berpatutan telah diambil di dalam usaha menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor
Di antara langkah diambil adalah dengan menyediakan kursus-kursus vokasional di pusat latihan kemahiran yang sedia ada. Dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran dan teknikal yang selaras dengan keperluan industri semasa, usaha ini akan memastikan tenaga kerja tempatan bersifat kompetitif dan ‘value added’ untuk diambil bekerja oleh para majikan.
Di atas kesedaran untuk memastikan tenaga kerja tempatan mendapat keutamaan di dalam pengisian peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri telah mengadakan program ‘Jom Kerja’. Program Jelajah ‘Jom Kerja’ adalah bertujuan untuk menghebahkan peluang pekerjaan yang ada di Selangor kepada masyarakat setempat. Melalui program ini, pihak syarikat berpeluang untuk mengadakan “walk in interview” di tempat program ini diadakan. Pertemuan di antara Selangor State Investment Centre (SSIC) dengan Ketua- Ketua Kampung, Guru-Guru Besar Sekolah dan Pengarah Institut Kemahiran Belia juga turut diadakan bagi menghebahkan kekosongan pekerja bersama-sama kilang-kilang yang memerlukan pekerja. Program Jom Kerja telah dijalankan di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat, Klang dan Shah Alam bermula dari November 2009 sehingga April 2010. Melalui program ini, sebanyak 185 orang telah ditawarkan pekerjaan terus semasa sesi walk in interview yang dijalankan.