Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

1) TEMPOH PAJAKAN OPERASI KUARI DI RAWANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis dan jumlah sumbangan industri kuari kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008-2015.

    Jumlah sumbangan industri kuari kepada hasil Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2008-2015 adalah berjumlah RM128,188,665.74 dan butirannya seperti di LampiranA

  2. Senaraikan lokasi dan lot tanah serta tempoh pajakan untuk kuari-kuari di Rawang.

    Senarai lokasi dan tempoh pajakan untuk kuari-kuari yang berada di Rawang adalah seperti di Lampiran B.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kawasan kuari yang terletak dalam zon penampan dan menyebabkan pencemaran udara kepada kawasan perumahan berdekatan?

    Memandangkan Negeri Selangor mempunyai kadar pertumbuhan pembangunan yang tinggi, keperluan dari segi bahan binaan yang terhasil daripada operasi kuari masih relevan dengan keadaan semasa, maka Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menghentikan operasi kuari-kuari yang berada dalam zon penampan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan kuari tersebut dan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terjamin, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan memastikan syarat-syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi- agensi teknikal dipatuhi oleh pihak operator kuari.

    Sekiranya pihak pengusaha kuari tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan untuk menghentikan operasi kuari-kuari berkenaan.

    LAMPIRAN A

    JUMLAH KUTIPAN ROYALTI BAHAN BATUAN (GRANIT) BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2015

    Tahun Jumlah Kutipan Royalti (RM)
    2008 8,333,241.00
    2009 2,592,293.62
    2010 9,682,129.73
    2011 16,784,555.22
    2012 18,733,114.44
    2013 20,484,081.00
    2014 24,661,171.91
    2015 26,918,048.82

    (Sehingga September)

    Jumlah 128,188,665.74

    Sumber: Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah dan Teknikal, PTGS

    LAMPIRAN B

    NAMA SYARIKAT, SENARAI LOKASI DAN TEMPOH PAJAKAN KUARI-KUARI YANG BERADA DI RAWANG, SELANGOR

     

    BIL.

     

    SYARIKAT

     

    LOKASI

     

    TEMPOH PAJAKAN

    1. Sunway Quarry Industries Sdn. Bhd.  

    Rawang

     

    TBC

    2. Kuari Permata Sdn. Bhd. Rawang Free Hold
    3. Hanson Quarry Products Sdn. Bhd.  

    Rawang

    TBC
    4. Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd. (APMC)  

    Rawang

    21 Tahun (26/4/2004

    hingga 25/42025)

    6. Hanson Quarry (Sg. Buloh) Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (10.06.1993)

    7. Kuang Rocks Sdn. Bhd. Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (13.11.1996)

    8. Yu Bee Sdn. Bhd. Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (20.10.1993)

    9. Layar Generasi Sdn. Bhd. Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (01.01.1997)

    10. Pati Tehcnologies Sdn. Bhd. Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (11.02.1993)

    11. Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd. Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang  

    30 Tahun

    (17.07.2002)

    Sumber: Bahagian Penguatkuasaan, Pengambilan Tanah dan Teknikal

Lampiran

Tiada Lampiran.