Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

332) TEMPOH LANJUTAN PAJAKAN TANAH DAN KADAR PREMIUM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik :

    1- Jumlah tanah pajakan yang berdepan dengan risiko tamat tempoh pajakan di kawasan DUN Taman Medan dan Petaling Jaya.
    2- Jumlah kelulusan yang telah diberikan untuk menukar syarat tanah daripada pajakan kepada hak milik kekal di kawasan DUN Taman Medan dan Petaling Jaya.

    Jumlah tanah pajakan yang berdepan dengan risiko tamat tempoh pajakan tahun 2023/2024 di kawasan DUN Taman Medan dan Petaling Jaya adalah seperti berikut :-

     

    Pajakan Negeri        –           44

    Pajakan Mukim        –           2

    HS(D)                         –           1

    HS(M)                         –           –

     

    Tiada kelulusan yang diberikan bagi penukaran hakmilik pajakan kepada hakmilik kekal di kawasan DUN Taman Medan.

    Di bawah seksyen 76 KTN, pemberimilikan tanah kerajaan adalah satu tempoh  yang tidak melebihi daripada sembilan puluh sembilan (99) tahun. Walau bagaimanapun di bawah seksyen 76(aa) (ii) dan (iii) KTN 1965, pemberimilikan tanah secara pegangan selama-lamanya boleh dilaksanakan jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri  berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam (seksyen 76(aa)(i))  dan jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian (seksyen 76(aa)(iii)).

     

    Bagi pemberimilikan dalam keadaan-keadaan khas, Kerajaan Negeri Selangor menerima pakai “Ketetapan Majlis Tanah Negara ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-Keadaan Khas untuk pegangan kekal di bawah  seksyen 76(aa)(ii) KTN 1965” melalui PekelilingKetua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Bilangan 1/2009.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan penyertaan pemilik tanah pajakan untuk pindahmilik kasih sayang bagi mengekalkan pemilikan ekuiti tanah di kalangan masyarakat Bumiputera terutamanya?

    Kerajaan Negeri melalui Pekeliling PTGS Bil.6/2011 dan Pekeliling PTGS Bil.     3/2020 telah menyediakan skim bagi membantu rakyat Negeri Selangor   berkaitan menjelaskan bayaran premium secara nominal (RM1,000) bagi           rumah kediaman hakmilik individu sahaja dan bayaran khas tanah termasuk       pindahmilik kasih sayang atau melalui perintah penurunan kuasa mengikut       Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).

Lampiran

Tiada Lampiran.