Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

173) TEMPOH LANJUTAN PAJAKAN TANAH DAN KADAR PREMIUM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pajakan tanah bagi pemilikan yang sudah tamat tempoh 99 tahun dan berapakan kadar premiumnya.

    Tempoh pajakan tanah di Negeri Selangor adalah berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) dan tempoh pelanjutan bagi pajakan yang sudah tamat adalah selama 99 tahun, atau bergantung kepada permohonan bagi kegunaan tanah yang

     

    Kadar premium tanah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    • Mengikut Kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005), iaitu:

     

     

    Jenis

     

    Kadar Premium

     

    i. Perniagaan

     

    ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas

     

    ii. Industri

     

    ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas

     

    iii. Pertanian

     

    Kelapa Sawit ( Industri )

    Dalam Bandar          : RM2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM1,000.00 sehektar

     

    Jangka Panjang (Dusun)

    Dalam Bandar          : RM 800.00 sehektar Luar Bandar : RM 500.00 sehektar

     

    Jangka Pendek (Padi)

     

     

    Jenis

     

    Kadar Premium

      Dalam Bandar          : RM 300.00 sehektar Luar Bandar : RM 100.00 sehektar
     

    Ternakan

    Dalam Bandar          : RM2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM 1,000.00 sehektar

     

    • Walau bagaimanapun, berkuat kuasa mulai tahun 2011, Kerajaan Negeri telah memberi insentif kepada pemilik tanah yang telah tamat tempoh pajakan melalui Pekeliling PTGS Bilangan 6 Tahun 2011 seperti berikut:

     

     

    Jenis

     

    Kadar Premium

     

    i.        Kediaman

     

    ¼ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas

     

    *        Bayaran premium hendaklah dibayar dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Notis Borang 5A diterima.

     

    *        Pemohon diberi insentif ke atas bayaran yang dibuat secara sekaligus dalam tempoh masa 6 bulan dengan pemberian diskaun sebanyak 30% daripada premium yang dikenakan ATAU ;

     

    *        Pemohon menjelaskan bayaran premium nominal pada kadar RM1,000.00 bagi setiap hakmilik dan bayaran khas akan dikenakan apabila tanah tersebut hendak dipindahmilik melalui proses jual beli seperti formula di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.