Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
151) TEMPAT TEMPAT PERNIAGAAN DI IJOK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tempat2 perniagaan seperti R&R di kampung Harmoni, gerai terbiar di Bistari Jaya seperti "hidup segan mati tak mau".
Pihak MDKS pernah membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menguruskan Medan Selera Bestari Jaya tersebut dengan tawaran pengecualian sewaan untuk tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, maklumbalas mendukacitakan dan tawaran masih dibuka sehingga kini.
Pihak MDKS sedang dalam perancangan dan tindakan untuk mengumpulkan gerai-gerai haram sekitar Bestari Jaya dan akan ditempatkan di lokasi berkenaan.
Pihak MDKS telah mengenalpasti punca suasana suram di R&R Ijok iaitu kurangnya pencahayaan pada waktu malam di kawasan tersebut dan hanya 2 unit gerai sahaja yang berniaga pada waktu malam. Baki gerai hanya buka dan beroperasi pada waktu siang sahaja. Oleh yang demikian, pihak MDKS akan mengkaji semula faktor infrastruktur seperti taman permainan, pencahayaan dan papan tanda arah R&R berlampu pada waktu malam.
Pihak MDKS akan memperbanyakkan lagi promosi sewaan premis kosong di dalam Website MDKS dan Banner di kawasan sekitar premis.
-
Apakah langkah PBT untuk menghidupkan semula tempat perniagaan tersebut?