Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

215) TEMPAT PERKELAHAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tempat-tempat perkelahan yang dikenalpasti dan dikunjungi oleh orang ramai terutamanya pada hujung minggu atau hari cuti umum di Hulu Selangor.

    Lokasi perkelahan :-

    • Air Terjun Serendah
    • Air Terjun Sungai Sendat
    • Air Terjun Sungai Igki
    • Air Terjun Sungai Chilling
    • Kawasan Rekreasi Sungai Kedondong

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menganjurkan kempen kebersihan di tempat-tempat perkelahan tersebut untuk mempromosikan pelancongan? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bekerjasama dengan pihak NGO dalam menjalankan program-program kebersihan di kawasan perkelahan. Antaranya kerjasama bersama Persatuan Pencinta Air Terjun Selangor di Air Terjun Sungai Liam dan Kelab Rekreasi dan Pelancongan Hulu Selangor di Lata Medang. Pihak MDHS mempromosikan kawasan-kawasan perkelahan di Hulu Selangor sebagai kawasan pelancongan.

  3. Nyatakan jumlah tong sampah dan kekerapan kutipan sampah yang dilakukan di setiap tempat perkelahan tersebut

    Kekerapan kutipan sampah : Tiga kali seminggu

    BIL. KAWASAN PERKELAHAN JUMLAH TONG

    SAMPAH

    1. Sungai Ingki, Kalumpang 5
    2. Kolam Air Panas, Kerling 3
    3. Air Terjun Semangkuk 1
    4. Sungai Chiling 2
    5. Air Terjun Serendah 3
    6. Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu 2
    7. Sungai Kedondong 5

Lampiran

Tiada Lampiran.