Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
225) Tempat Pembuangan/ Pengumpulan Sampah (Plastik) Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan tempat pengumpulan sampah haram yang berjaya dihentikan operasi sepenuhnya?
Jumlah tempat pengumpulan sampah haram (sisa plastik) yang berjaya dihentikan operasi sepenuhnya di seluruh PBT Negeri Selangor adalah sebanyak 197 buah lokasi. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:-
-
Berapa lamakah SOP yang diperlukan pihak berwajib untuk menutup tempat ini?
Tempoh yang diperlukan bagi menutup tempat pembuangan sampah haram bergantung kepada jenis lokasi/tapak tersebut. Jika tapak tersebut melibatkan tanah persendirian memerlukan lebih masa untuk kerja-kerja carian hak milik dan notis pemberitahuan kepada pemilik tanah. Namun jika melibatkan tanah kerajaan, kerja-kerja pembersihan serta merta boleh dijalankan.
-
Nyatakan tindakan yang telah dan akan diambil untuk menyelesaikan isu tempat pembuangan/ pengumpulan sampah haram di kawasan Sementa.
Terdapat dua spot sampah haram (sampah bercampur) yang masih aktif iaitu di Lot 6183, Jalan Kg India dan Lot 6147, Jalan Benteng di kawasan DUN Sementa. Pihak MPK telah menjalankan pemantauan di kawasan-kawasan tersebut serta kawasan-kawasan lain bagi mengelakkan aktiviti membuang sampah tidak berlaku.