Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

64) TEMPAT PARKIR RUMAH FLAT, PANGSAPURI DAN CONDO

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tempat parkir di kawasan flat, pangsapuri dan condo yang tidak mencukupi mengakibatkan kenderaan parkir di luar kawasan telah mendatangkan masalah kesesakan lalulintas. Apakah tindakan yang telah ambil oleh Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin akan masalah kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada halangan kenderaan parkir di luar kawasan. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 46 (1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 133 iaitu kesalahan memberhentikan kenderaan di siar kaki dan Undang-undang Kecil (UUK) Taman Seksyen 8(1) iaitu meletakkan kenderaan di dalam sesuatu taman selain daripada tempat yang telah disediakan untuk meletakkan kenderaan dikenakan kepada pemilik kenderaan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas.

    Pada masa yang sama, PBT telah menerang dan menjelaskan kepada pembeli- pembeli, pemilik-pemilik dan penghuni di skim berstrata menurut peruntukan yang terdapat di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). JMB boleh mengatur dan mengawal tiap-tiap kenderaan agar diletakkan di ruang parkir yang telah diperuntukkan tanpa menyebabkan apa-apa halangan kepada mana-mana kenderaan bersebelahan atau laluan trafik. Kenderaan yang di parkir secara tidak wajar boleh di tunda atau di kunci oleh pihak JMB atas kos pemilik kenderaan tanpa/ dengan notis.

Lampiran

Tiada Lampiran.