Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

173) TEMPAT LETAK KERETA SUK

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lot parkir yang terdapat di sekitar Bangunan SUK?

    Jumlah lot parkir yang terdapat di sekitar Bangunan SUK adalah sebanyak 894 lot parkir.

  2. Berapakah purata kenderaan yang menggunakan lot-lot parkir di Bangunan SUK setahun?

    Purata kenderaan yang menggunakan lot-lot parkir di Bangunan SUK setahun adalah sebanyak 198,480 buah kenderaan.

  3. Apakah Kerajaan ada rancangan membangunkan bangunan parkir bertingkat di SUK?

    Buat masa ini kerajaan tiada perancangan membangunkan bangunan parkir bertingkat di SUK kerana masih terdapat lagi lot-lot parkir yang belum dimaksimakan penggunaanya seperti di lot parkir belakang Dewan Jubli

Lampiran

Tiada Lampiran.