Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

169) TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan PBT yang menandatangani kontrak pengurusan tempat letak kereta dengan Suasa Efektif Sdn Bhd dan tempoh perjanjian untuk PBT masing-masing?

    Perjanjian kontrak pengurusan tempat letak kereta ditandatangani oleh tiap-tiap
    PBT dengan syarikat konsesi. Tiada perjanjian utama dengan Kerajaan Negeri.
    Tempoh perjanjian konsesi adalah selama 20 tahun yang akan berakhir pada bulan April
    2019.
    Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. telah menandatangani kontrak pengurusan
    tempat letak kereta bagi PBT berikut :-
    i) Majlis Bandaraya Shah Alam;
    ii) Majlis Perbandaran Klang;
    iii) Majlis Perbandaran Selayang;
    iv) Majlis Perbandaran Ampang Jaya;
    v) Majlis Perbandaran Kajang;
    vi) Majlis Perbandaran Sepang; dan
    vii) Majlis Daerah Kuala Selangor.

  2. Apakah bidang tugas syarikat Suasa Efektif Sdn Bhd mengikut perjanjian dan senaraikan jumlah hutang Suasa Efektif Sdn Bhd mengikut PBT?

    Bidang tugas syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. adalah berdasarkan kepada perjanjian
    yang ditandatangani oleh syarikat dengan PBT yang terlibat. Antara bidang tugas
    syarikat terhadap PBT adalah seperti berikut:-
    i) Membayar kos perkhidmatan kakitangan penguatkuasaan kepada Majlis
    mengikut tempoh masa dan kadar yang telah ditetapkan oleh PBT masingmasing mengikut perjanjian;
    ii) Dari masa ke semasa membantu Majlis mendapatkan kakitangan
    penguatkuasaan yang secukupnya untuk menjalankan tugas-tugas
    penguatkuasaan;

    iii) Menyediakan jadual kerja mingguan pegawai penguatkuasa dan dikemukakan
    kepada Majlis setiap minggu;
    iv) Membuat pemantauan dan melaporkan secara bertulis kepada Majlis sebarang
    kesalahan dari segi tatatertib yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa;
    v) Memberikan dan membiayai kursus dan latihan mengenai penguatkuasaan serta
    kursus lain yang difikirkan perlu. Kursus yang dicadangkan hendaklah atas
    persetujuan bersama oleh Majlis dan syarikat;
    vi) Membayar segala kos yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
    vii) Menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan oleh Majlis
    untuk tujuan penguatkuasaan termasuk penyelenggaraan yang mana kos akan
    ditanggung oleh syarikat;
    viii) Menyediakan dan membangunkan program sistem aplikasi kompaun
    bersepadu dan sistem berkomputer secara on-line dengan JPJ di Majlis untuk
    tujuan kemas kini data, carian maklumat, semakan pendaftaran kenderaan dan
    pemilik atau apa-apa maklumat yang berkaitan untuk tujuan penguatkuasaan
    dan pendakwaan. Segala kos sistem tersebut akan ditanggung oleh pihak
    syarikat. Sistem kompaun bersepadu yang disediakan hendaklah seperti
    spesifikasi yang ditetapkan oleh Majlis;
    ix) Memastikan data-data yang diperoleh dari JPJ melalui Majlis digunakan bagi
    tujuan dan maksud perjanjian. Data-data atau maklumat yang diperolehi adalah
    dianggap sulit dan rahsia dan tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain
    dari yang disebutkan tanpa kebenaran Majlis;
    x) Menyediakan dan menghantar bagi pihak Majlis notis peringatan yang
    telah ditandatangani pegawai yang diberi kuasa kepada orang yang gagal
    menjelaskan bayaran kompaun;
    xi) Menyediakan dan mengemukakan laporan bulanan mengenai pengeluaran notis
    dan kompaun kepada Majlis setiap bulan;
    xii) Membantu pegawai yang diberi kuasa menyediakan borang pengaduan bagi
    tujuan pendakwaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Undang-undang
    Majlis, termasuk membantu pegawai penyiasat menyediakan bukti-bukti dan
    keterangan yang diperlukan di mahkamah berhubung dengan pendahuluan kes
    tersebut menurut peruntukan Kanun Tatacara Jenayah dan undang-undang
    bertulis lain yang berkaitan;
    xiii) Menyediakan dan mengemukakan laporan dan penyata terkini bagi orang yang
    gagal menjelaskan kompaun setelah notis dikeluarkan, kepada Majlis setiap
    bulan; dan
    xiv) Memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kepada manamana kenderaan semasa dikunci. Sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau
    kehilangan sehingga timbulnya tuntutan di mahkamah oleh pemilik atau penjaga
    kenderaan atau mana-mana orang/badan yang mempunyai kuasa ke atas
    kenderaan tersebut maka pihak syarikat akan menanggung apa-apa kos yag
    timbul akibat dari tuntutan tersebut.
    Jumlah hutang Suasa Efektif Sdn. Bhd. mengikut PBT adalah seperti berikut:-
    PBT JUMLAH TUNGGAKAN CATATAN
    MBSA – Tiada Tunggakan
    MPK 1,192,614.13 Sehingga 31 Mei 2010
    MPAJ 211,587.00 Sehingga 30 Jun 2010
    MPS 1,029,677.76 Sehingga 31 Mei 2010
    MPKJ 157,986.56 Sehingga 30 Jun 2010
    MPSp 31,682.31 Sehingga 31 Mei 2010
    MDKS – Belum Beroperasi
    JUMLAH 2,623,547.76
    Tunggakan bayaran oleh pihak syarikat adalah disebabkan beberapa perkara yang perlu
    dibincangkan bersama antara syarikat dengan PBT yang terlibat. Antara menjadi punca
    tunggakan bayaran adalah pertikaian terhadap bayaran gaji dan elaun penguatkuasa
    yang memerlukan penyemakan semula dan pelarasan yang dilakukan oleh pihak Majlis.
    Kutipan kompaun juga menjadi punca tunggakan bayaran di mana kompaun yang
    dikutip belum dikontrakan oleh pihak Majlis.
    Segala tunggakan akan dibuat ‘reimbursement’ setelah ‘adjustment’ dibuat. Ini
    terkandung di dalam perjanjian antara pihak syarikat dengan pihak Majlis di mana Article
    X.1 – Default of the company menyatakan bahawa pihak syarikat perlu membuat
    pembayaran kepada Majlis dalam tempoh sehingga dua (2) bulan. Jika tiada
    pembayaran dalam tempoh tersebut barulah dianggap sebagai default.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan hutang tersebut dijelaskan kepada PBT berkenaan dan polisi pengurusan tempat letak kereta kerajaan adalah telus dan efektif agar tidak menjejaskan keefisienan PBT.

    Pihak yang terbabit di dalam kontrak pengurusan tempat letak kereta adalah antara PBT
    dan syarikat yang terbabit dan bukan dengan Kerajaan Negeri.
    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dan bertindak
    sebagai “mediator” antara PBT dan syarikat-syarikat berkenaan dalam menyelesaikan
    pertikaian terutamanya mengenai tunggakan pembayaran.

    Terkini, Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti dan menyemak semula semua
    perjanjian dan bercadang membuat penambahbaikan ke atas setiap perjanjian agar
    memberi kebaikan kepada semua pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.