Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

201) TEMPAT LETAK KENDERAAN BERAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah aduan berkenaan tempat letak kenderaan berat di kawasan perumahan yang diterima oleh PBT-PBT untuk tahun 2015, 2016, 2017?

    Jumlah aduan yang diterima oleh PBT berkenaan kenderaan berat yang diletakkan di kawasan perumahan bagi tahun 2015 adalah sebanyak 851 aduan, 2016 sebanyak 922 aduan dan 2017 sebanyak 1,034 aduan. Pecahan mengikut PBT seperti berikut:

     

     

    BIL.

     

     

    PBT

    Bilangan aduan tempat letak kenderaan berat di kawasan perumahan
    2015 2016 2017
    1. MBSA 117 102 147
    2. MBPJ 35 41 46
    3. MPSJ 123 149 178
    4. MPS 74 77 43
    5. MPKj 143 107 116
    6. MPK 222 289 376
    7. MPAJ 20 29 24
    8. MPSp 15 12 26
    9. MDKS 7 11 10
    10. MDKL 65 73 59
    11. MDSB 11 16 5
    12. MDHS 19 16 4
    JUMLAH 851 922 1034
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?

    Bagi mengatasi masalah aduan parkir kenderaan berat di kawasan perumahan, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan

    Negeri Selangor Bil. 1/2017 pada 13 Januari 2017 memutuskan agar semua PBT perlu merancang dan mengenal pasti tanah lapang yang bersesuaian sebagai tapak parkir kenderaan berat berikutan banyak aduan telah diterima termasuk daripada pemilik kenderaan berat sendiri bagi memaklumkan bahawa tiada tapak parkir kenderaan berat disediakan di kawasan perumahan mereka.

    Selain itu, PBT juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) Taman Seksyen 7(1) tindakan kompaun, sita dan notis juga diberi kepada pesalah -pesalah yang mengingkari arahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.