Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

150) TEMPAT KEDIAMAN UNTUK SEMUA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ciri-ciri utama Òdasar perumahan menyeluruhÓ yang akan dibentuk oleh Kerajaan Negeri?

    Ciri-ciri utama yang akan ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam merangka “dasar perumahan yang menyeluruh” adalah seperti berikut:

    1. Memperbanyakkan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti, selesa, reka bentuk terkini dengan dilengkapi segala kemudahan bagi komuniti;
    2. Mempelbagaikan jenis rumah mampu milik dari harga RM42,000 sehingga RM250,000 seunit untuk memenuhi keperluan semua golongan dari pendapatan bawah RM2,500 sehingga RM6,000 sebulan;
    3. Mewujudkan lebih   rumah mampu sewa   untuk golongan     tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri; dan
    4. Membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan.
  2. Apakah program perumahan mampu sewa?

    Dalam usaha membantu menyediakan tempat tinggal kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu memiliki rumah, Kerajaan Negeri telah menyediakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Council Homes di Negeri Selangor untuk disewakan kepada golongan ini dengan kadar sewa yang rendah iaitu RM250.00 sebulan. Kadar sewa ini telah merangkumi bayaran sewa dan juga penyelenggaraan bangunan.

    Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah projek rumah kos rendah yang dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau Yayasan Perumahan Untuk Termiskin (YPUT) di atas tanah Kerajaan Negeri. Manakala Council Home merupakan projek rumah kos rendah yang dibeli daripada pemaju swasta oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menampung keperluan rumah sewa di kawasan yang tiada kemudahan PPR. Setakat ini terdapat 6,155 unit rumah PPR dan Council Homes di Negeri Selangor.

  3. Bagaimanakah Skim Perumahan Rakyat dengan cadangan peruntukan RM50 juta setahun akan dilaksanakan?

    Berdasarkan kepada kelulusan Bajet Negeri Selangor 2013 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berformat Dato’ Menteri Besar pada tahun lepas telah mengumumkan sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada LPHS untuk membangunkan Rumah Mampu Milik yang berkonsepkan Pre-Fabricated – IBS (Pasang Siap). Dana ini kemudiannya telah ditambah kepada RM100 juta berdasarkan kepada Manifesto PRU-13 Pakatan Rakyat.

    Sebagai langkah permulaan untuk pelaksanaan Projek Rumah Mampu Milik,

    LPHS ketika ini sedang mengenalpasti beberapa lokasi tapak cadangan milik Kerajaan Negeri yang berpotensi lagi strategik untuk didirikan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Selangor. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan perumahan mampu milik ini yang lebih komprehensif, rekabentuk terkini, penyediaan kemudahan yang lengkap, selesa dan harga jualan yang mampu milik iaitu tidak lebih daripada RM150,000 seunit. Buat permulaan dijangkakan sebanyak tidak kurang 300 unit akan mula dibina sebaik sahaja Kajian Fisibiliti Projek siap disediakan yang dijangka kerja-kerja tanah akan bermula pada Disember 2013.

    Penyediaan Rumah Mampu Milik Berkonsep Pre-Fabricated – IBS ini dijangka akan membantu Kerajaan Negeri dalam menambahkan lagi stok Rumah Mampu Milik selain daripada penyediaannya oleh PKNS, PNSB dan pemaju-pemaju swasta yang lain bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang .

Lampiran

Tiada Lampiran.