Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

10) TEMPAT IBADAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik kuil, tokong dan masjid yang berdaftar dalam Negeri Selangor mengikut PBT

    Pada masa kini, kerajaan negeri tidak mempunyai statistik kuil, tokong dan
    masjid berdaftar mengikut PBT.Walau bagaimanapun, statistik kuil,tokong dan
    masjid berdaftar mengikutdaerah adalah seperti berikut:
    Daerah Jenis Rumah Ibadat
    I Masjid I
    Surau
    I
    Kuil
    II
    Tokong
    II
    Gereja
    I
    Sabak Bernam 47 221 8 31
    Kuala Selanaor 50 172 94 38
    HuluSelanaor 23 155 25 13
    Petaling 67 272 238 58
    Gombak 33 180 93 26
    HuluLanaat 44 337 47 47 27
    Kuala Lanaat 33 121 62 23
    Klana 40 230 208 143
    SeDana 22 67 35 6 ../
    JUMLAH 359 1755 810 385 27

  2. Apakah piawaian yang digunakan bagi meluluskan permohonan tempat ibadat dalam sesuatu kawasan perumahan?

    Piawaian yang digunakan bagi meluluskan tempat-tempat ibadat di kawasan
    perumahan adalah mengikut garis panduan Jabatan Perancangan Bandar dan
    Desa seperti berikut:-
    Garis Panduan Pembinaan Ban
    Selanaor
    eri
    1. Setiap permohonan tanah kerajaan, tukar syarat tanah untuk pembinaan
    bangunan keagamaan bukan Islam perlu mendapat kelulusan
    Jawatankuasa Bangunan Keagamaan Negeri Selangor yang
    dipengerusikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan.Ahli-ahli mesyuaratterdiri
    daripada Pejabat-Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
    agensi-agensiteknikal yang lain.
    2. Kebenaran merancang, binaan semula bangunan keagamaan bukan
    Islam atau tambahan bangunan keagamaan bukan Islam di kawasan
    PBT juga perlu mendapat kelulusan jawatankuasa ini. Pemaju diminta
    menyediakan tapak bangunan keagamaan bukan Islam bagi
    pembangunan melebihi 100 ekar.
    3. Keluasan tanah untuk bangunan keagamaan bukan Islam adalah tidak
    melebihi 10,000 kaki persegi (bagi kawasan pembangunan baru – pelan
    susun atur).
    4. Bangunan keagamaan bukan Islam tidak dibenarkan dibina di kawasan
    lapang atau yang telah diperuntukkansebagai kawasan lapang.
    5. Penentuan jenis bangunan keagamaan bukan Islam yang didirikan
    adalah berdasarkan kepada komposisi kaum yang terdapat di sesuatu
    kawasan tersebut.
    6. Bangunan keagamaan bukan Islam yang didirikan tidak melebihi 2 tingkat
    atau ketinggian keseluruhan tidak melebihi 36 kaki. Walau
    bagaimanapun, ia tertakluk kepada garis panduan yang diguna pakai
    oleh PBT masing-masing.
    7. Pembinaan bangunan keagamaan bukan Islam tersebut tidak akan
    menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam terutama kepada lalu
    lintas.
    — — —– – – –
    Piawaian Pembinaan Masiid Dan Surau Di Neaeri Selanaor
    i) Pembinaan masjid 1.2 – 2.5 hektar kawasan diperuntukkanbagi setiap
    5000 penduduk /1000 jemaah.
    ii)Pembinaan surau 0.2 hektar kawasan diperuntukkan bagi setiap 200
    orang jemaah atau 800 penduduk beragama Islam.
    Selain itu, setiap pembinaan rumah ibadat juga perlu mematuhi peraturanperaturan berikut:-
    i) Manual Garis Panduan & Perancangan Negeri Selangor oleh JPBD
    Selangor
    ii) Garis panduan Tempat Ibadat Bukan Islam oleh JPBD Semenanjung
    Malaysia

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa isu keagamaan (termasuk tempat ibadat) dapat dikendalikan dengan sebaiknya?

    Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan amalan perundingan dalam
    menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan tempat-tempat keagamaan.
    Sebarang pertikaian berhubung dengan bangunan-bangunan keagamaan bukan
    Islam akan dirujuk dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Bangunan
    Keagamaan Bukan Islambagi diputuskan keputusannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.