Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

84) TEMBOK BUNYI USJ3A/4

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Suratkhabar The Star bertarikh 8/11/2008 bertajuk "In a quanandry over sound barrier" jelas menyatakan bahawa Sime Darby adalah pembina tembok bunyi USJ3A/4. Sila nyatakan tindakan Majlis berkenaan pembaikan tembok tersebut, yang sudah tergendala 4 tahun.

    Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan isu ‘sound barrier’ di USJ 3A pada 19 Ogos 2010 dan beberapa siri mesyuarat dari tahun 2008. Pihak Sime Darby telah mengadakan taklimat pada Mei 2008, melibatkan syarat pembinaan ‘sound barrier’ bagi kawasan USJ 3A, 3C dan 3D. Serahan kepada Majlis masih belum dilaksanakan dan pemilikan adalah di bawah tanggungjawab Sime Darby. Lawatan terakhir bersama pihak Sime Darby adalah pada 7 September 2022. Surat kepada pihak Sime Darby telah dikeluarkan untuk kerja pembaikan bagi sound barrier di USJ 3A dan seterusnya membuat serahan kepada pihak Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.