Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

220) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat kajian dan penggunaan teknologi atau mekanisme baharu dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam negeri?

    Kerajaan Negeri sentiasa berhubung rapat dengan badan penyelidikan pertanian seperti MARDI dan IPTA seperti UPM bagi mendapatkan teknologi dan mekanisma baharu dalam membangunkan sektor pertanian.

  2. Apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan pihak ÊKementerian untuk memajukan sektor pertanian bagi menjana pertumbuhan ekonomi bersifat jangka panjang?

    Kerajaan Selangor melalui beberapa program yang sedang dan telah dilaksanakan menumpukan banyak perhatian bagi menjana pertumbuhan ekonomi melalui sector pertanian. Bagi tahun 2019, beberapa program telah dijalankan bagi menyediakan tapak-tapak pertanian yang mampu menghasilkan produk pertanian yang lumayan. Antara projek yang sedang diusahakan adalah tanaman nanas MD2, tanaman roselle dan ternakan kelulut di daerah Sabak Bernam, tanaman dengan penggunaan teknologi plant factory, akuaponik, vertical farming dan air hydro pot di Gombak, penggunaan teknologi drone bagi sawah padi dan pembangunan program agroprenuer muda. Di bawah program agroprenuer Kerajaan Negeri menyediakan tapak dan bantuan dalam bentuk input serta kemudahan pembiayaan. Bagi tujuan pasaran, Kerajaan Negeri telah membangunkan pasar Selangor Agro Market (SAM) dan aplikasi yang dibangunkan oleh SSDU iaitu skim pemasaran secara atas talian serta kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan e-wallet dan portal kewangan lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.