Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
270) TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memperluaskan lagi capaian teknologi maklumat kepada semua kawasan di negeri Selangor terutama di kawasan desa
Perancangan Kerajaan untuk memperluaskan capaian ICT di seluruh negeri Selangor selain daripada melalui inisiatif HyWIN adalah penubuhan Pusat Siber Rakyat (PSR). Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor pernah menubuhkan Pusat Komuniti IT (PKIT) yang pada ketika ini perlu diberikan suntikan baru dari sudut peralatan, pengoperasian dan pengurusan. Rebranding dan Repositioning PKIT kepada PSR ini akan diadakan secara berperingkat di mana fasa pertama akan diberikan penumpuan penubuhannya di perpustakaan-perpustakaan desa di Negeri Selangor.
-
Senaraikan Pusat Info Desa (ICT) yang terdapat dalam Negeri Selangor mengikut daerah.
Untuk makluman Pusat Info Desa (ICT) adalah satu projek dahulunya di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Alam Sekitar (KTAK). Walau bagaimanapun berikut disenaraikan lokasi-lokasi Pusat Info Desa yang ada di Negeri Selangor :
- PID Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
- PID Sungai Rasa, Klang
- PID Beranang, Hulu Langat
- PID Hulu Langat
- PID Tanjung Sepat, Kuala Langat
- PID Sungai Pelek, Sepang
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri ke atas bangunan - bangunan Pusat Info Desa (ICT) yang banyak didirikan oleh Kerajaan Persekutuan di atas tanah - tanah Kerajaan Negeri Selangor dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas bangunan-bangunan tersebut?
Polisi Kerajaan Negeri ke atas inisiatif-inisiatif sebegini adalah Kerajaan Negeri mengalu-alukannya asalkan pengurusan, pengoperasian dan manfaatnya perlu terus kepada masyarakat tanpa perlu mengambil kira perbezaan pandangan atau fahaman politik.