Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

168) TEKNOLOGI & INOVASI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar teknologi dan inovasi negeri?

    Sebagai sebuah negeri maju, Selangor akan mengamalkan dasar Sains, Teknologi dan Inovasi yang progresif dengan memfokuskan kepada Sains, Teknologi dan Inovasi kontemporari yang bertaraf tinggi, yang akan meningkatkan lagi aktiviti, produktiviti dan kualiti perindustrian, perkhidmatan dan pertanian. Adaptasi teknologi hijau dan penggunaan tenaga boleh baharu ‘renewable’ akan diberi keutamaan agar perkembangan perindustrian, perkhidmatan dan pertanian menjadi ‘sustainable’ dan memelihara alam sekitar. Sains, Teknologi dan Inovasi yang akan meningkatkan perindustrian hala, akan diberi keutamaan supaya Negeri Selangor menjuarai bidang yang berpotensi besar ini.

    Perpindahan teknologi tinggi kepada perindustrian kecil dan sederhana (IKS) akan dirancang melalui program-program yang dibantu oleh kerajaan. Bantuan daripada segi penggunaan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk pembangunan industri desa juga akan diberi tumpuan.

    Bagi memangkinkan kemajuan di bidang Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan akan memberikan galakan kepada syarikat atau individu yang berjaya di dalam reka cipta, inovasi dan penyelidikan. Perkongsian pintar di antara kerajaan, industri dan universiti akan diwujudkan, bagi menjadikan dasar Sains, Teknologi dan Inovasi ini lebih realistik. Adalah diharapkan dasar ini akan meningkatkan lagi kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.

  2. Apakah langkah negeri untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan membudayakan inovasi?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.