Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
213) TEKNOLOGI DAN PERALATAN BENCANA TANAH RUNTUH/ MENDAP
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan pergerakan awal tanah untuk mencegah berlakunya kejadian tanah runtuh atau mendap di kawasan yang berpotensi tinggi dan sederhana di Selangor khususnya di Hulu Selangor dan Batang Kali?
Pihak Kerajaan Negeri bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melihat penggunaan teknologi terkini satelit dan kecerdasan buatan (AI-Artificial Intelligence) dengan data lapangan yang dikenali sebagai Space-Ground Integrated (SGI-AI) Geological Hazard Early Warning System adalah kaedah yang boleh digunapakai dalam mendapatkan maklumat awal. Teknologi satelit mampu mengesan pergerakan tanah pada tahap milimeter, secara bulanan dengan liputan lebih daripada 1000 kilometer persegi. Ini kemudian diikuti dengan penentusahan lapangan oleh Jabatan Teknikal seperti JMG dan JKR.
SGI-AI Geological Hazard Early Warning System melibatkan analisis Data Raya termasuk data satelit, data cuaca, maklumat geologi, dan sebagainya untuk menghasilkan analisis yang sangat tepat mengklasifikasikan kawasan kepada risiko tinggi, sederhana, dan rendah, serta mampu memberikan amaran hampir masa nyata. Penyelesaian ini mampu memantau perubahan bentuk cerun dan mendapan tanah untuk bangunan, empangan, jalan, jambatan dan infrastruktur buatan manusia yang lain.
NRECC melalui JMG juga melaksanakan Pemetaan Bahaya Dan Risiko Cerun meliputi kawasan yang terhad dan perlu diperluaskan. Penyelesaian ini membolehkan kerja-kerja perancangan, pencegahan mitigasi, dan kejuruteraan dijalankan dengan lebih efektif dan efisien serta meningkatkan kesiapsiagaan.