Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

218) TEKNOLOGI BARU PEMBAIKAN JALAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kaedah terkini untuk menyelesaikan struktur jalan-jalan yang rosak terutamanya kawasan-kawasan jenis marine clay?

    Antara kaedah terkini yang digunakan bagi menyelesaikan masalah struktur jalan-jalan yang rosak adalah seperti berikut:

    • Bagi lapisan pavemen (wearing & binder course) – Kaedah Cold In-Place Recycling (CIPR). Kaedah CIPR melibatkan kerja memecahkan lapisan pavemen asal, diikuti dengan menggaul dengan bahan penstabil sebelum dihampar semula dan dimampatkan dalam satu proses. Antara kebaikannya adalah penggunaan sepenuhnya bahan asal, pengurangan dari segi penggunaan bahan baru serta meningkatkan kekuatan struktur pavemen. Demontrasi pembaikan Jalan Dato Miskon, Bukit Kerayong, Kuala Selangor menggunakan Teknologi CIPR Polimer Sami telah diadakan pada 24 Februari 2017.
    • Bagi lapisan subgrade – Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan ketebalan marine clay seperti berikut:
    KETEBALAN MARINE CLAY KAEDAH YANG DIGUNAKAN
    < 1 m Rapid Impact Compaction (RIC)
    1 – 2 m Excavate and Replace (E&R)
    2 – 4 m Prefabricated Vertical Drain (PVD)
    > 4 m Pile Embankment

Lampiran

Tiada Lampiran.