Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

336) TEBING SUNGAI RUNTUH DAN TERHAKIS DI BELAKANG BALAI BOMBA SUNGAI BULOH DI KOORDINAT (3°12’02.0″N 101°33’40.0″E)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan dan perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu hakisan dan runtuhan tersebut?

    Soalan a, b dan c dijawab secara bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang menyediakan spesifikasi kerja bagi melaksanakan Kerja-Kerja Pembaikan dan Pengukuhan Tebing di Belakang Balai Bomba Sungai Buloh dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.00.

    Kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing tersebut akan menggunakan bahan binaan jenis armour rock. Kerja-kerja pembaikan ini akan dilaksanakan melalui sebut harga dengan jangkaan masa seperti berikut:-

    Iklan  : Bulan Julai 2024

    Tutup Iklan   : Bulan Julai 2024 (2 minggu selepas iklan)

    Penilaian  : Bulan Ogos 2024 (2 minggu dari tarikh tutup)

    Surat Setuju Terima  : Bulan September 2024

    Tempoh Pelaksanaan : 8 Minggu

  2. Berapakah anggaran peruntukan membaik pulih hakisan dan runtuhan tebing sungai tersebut?

    Soalan a, b dan c dijawab secara bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang menyediakan spesifikasi kerja bagi melaksanakan Kerja-Kerja Pembaikan dan Pengukuhan Tebing di Belakang Balai Bomba Sungai Buloh dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.00.

    Kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing tersebut akan menggunakan bahan binaan jenis armour rock. Kerja-kerja pembaikan ini akan dilaksanakan melalui sebut harga dengan jangkaan masa seperti berikut:-

    Iklan  : Bulan Julai 2024

    Tutup Iklan   : Bulan Julai 2024 (2 minggu selepas iklan)

    Penilaian  : Bulan Ogos 2024 (2 minggu dari tarikh tutup)

    Surat Setuju Terima  : Bulan September 2024

    Tempoh Pelaksanaan : 8 Minggu

  3. Bilakah projek ini dapat dilaksanakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.